Gaun Terbaru Elsa Dan Anna Dalam Filem Frozen Forever

Gaun Terbaru Elsa Dan Anna Dalam Filem Frozen Forever.
inilah gaun terbaru anna  elsa dalam frozen fever

Jika sebelum ini, ramai antara peminat terutamanya kanak-kanak kelihatan obses apabila untuk kali pertamanya melihat stail gaun yang dipakai oleh Princess Anna dan Elsa di dalam Filem Frozen.
Gaun ais dan skirt panjang yang hujungnya terdapat paten kelopak ros yang di pakai oleh Anna serta gaun ais cantik yang dipakai oleh Elsa, membuatkan ramai anak gadis termasuk remaja perempuan dan wanita yang mengharapkan agar mereka memiliki almari pakaian yang dipunyai oleh kedua-dua adik-beradik puteri ini.
Apapun, kegilaan anda terhadap almari pakaian mereka mungkin bakal mencapai peringkat yang lebih epik lagi apabila pihak Disney baru-baru ini telah berkongsi imej pakaian Anna dan Elsa di dalam Frozen Fever.
inilah gaun terbaru anna  elsa dalam frozen fever

Walaupun Anna dan Elsa lebih dikenali dengan fesyen musim sejuk mereka, namun pihak Disney kali ini cuma menerapkan elemen musim panas di dalam pakaian mereka.
Motif bunga matahari pada pakaian Anna dilihat bersesuaian dengan karektornya yang sentiasa ceria dan periang, manakala bunga pink Elsa dilihat menambahkan lagi citarasa terhadap gaun hijaunya.
Frozen Fever merupakan filem animasi pendek yang menjadi penyudah terhadap kisah Anna dan Elsa yang mana ianya tidak terjawab di dalam pengakhiran filem Frozen.
Untuk itu pembikin filem animasi Frozen telah mencetuskan filem yang berdurasi 7 minit ini tentang hal-hal yang berlaku di persekitaran Princess Anna (voiced by Kristen Bell), Princess Elsa (Idina Menzel), Kristoff (Jonathan Groff) and the snowman Olaf (Josh Gad).
Ya, bermakna di dalam Fever Frozen ini, pihak produser telah membawa kembali pelakon alih suara yang asal sepertimana Frozen termasuklah Idina Menzel yang digilai kerana vokal hebatnya ketika melantunkan lagu Let It Go.

0 Response to "Gaun Terbaru Elsa Dan Anna Dalam Filem Frozen Forever"

Post a Comment