Penjelasan Zarul Umbrella Bila Di Katakan 'Pilih Kasih'.

Penjelasan Zarul Umbrella Bila Di Katakan 'Pilih Kasih'.



Kecoh apabila kelab peminat Zarul mendakwa vokalis kumpulan Umbrella itu tidak melayan mereka selepas selesainya konsert akhir Gegar Vaganza Ketiga (GV3) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad lalu.

Kelab penyokong Zarul yang dikenali sebagai Zaruliansfc mendakwa, penyanyi yang menduduki tempat ketiga pada malam itu, bersikap pilih kasih dengan memberi lebih perhatian kepada peminat yang juga rakan sekerjanya dari Malaysia Airlines. Tampil memberi penjelasan, Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin, 43, memberitahu apa yang berlaku adalah salah faham.

Zarul berkata, dia tidak berniat meminggir atau mengguris perasaan sesiapa apatah lagi peminat. "Komen yang dilemparkan bukan dari semua anggota Zaruliansfc, hanya segelintir saja. Pihak yang menguruskan kelab peminat sayapun faham situasi sebenar.

"Apa yang berlaku adalah salah faham saja," katanya kepada BH Online. Zarul mengulas dakwaan segelintir ahli Zaruliansfc yang mendakwa mereka diberi layanan kelas kedua oleh penyanyi itu selepas berakhirnya GV3, seperti yang tersebar di internet. Menghuraikan lebih lanjut, Zarul berkata, biarpun sudah lewat, dia tetap meluangkan masa bertemu peminat selepas GV3.

"Cuma biasalah, keadaan waktu itu sedikit kelam kabut. Saya pula kepenatan. Keesokan paginya saya kena menghadiri sesi temubual di stesen televisyen (TV), lagilah terkejar-kejar. "Jika mereka terasa hati dengan saya malam itu, saya mohon maaf," katanya. Zarul berkata, sebagai penyanyi dia sangat menghargai sokongan peminat terhadap dirinya.

0 Response to "Penjelasan Zarul Umbrella Bila Di Katakan 'Pilih Kasih'."

Post a Comment