SITI SARAH TERKILAN BILA DI HINA PEMINAT.
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, setiap apa yang dijadikan dan diciptakanNya sudah pasti ada kelebihan yang tidak dapat dipertikaikan.
Setiap manusia punyai hati dan perasaan, jika kita rasa kita lebih dan cukup sifat tidak perlulah mendabik dada dengan menghina kekurangan orang lain.
Menjadi bahan hinaan mereka tidak bertanggunjawab ini golongan artis tidak terkecuali di mana penyanyi Siti Sarah Raisuddin telah terasa hati dan meluahkannya di laman Instagram miliknya apabila ada peminat yang menghina hidungnya.
Beliau memuatnaik gambar menunjukkan ada peminat mengatakan hidungnya seperti 'hippo' dan ada yang menyatakan buruknya hidung beliau.
Jom kita baca apa luahan Siti Sarah mengenai perkara ini.
"Saya teringin sangat nak tau, sebagai manusia biasa, apakah yg akan anda lakukan sekiranya orang mengutuk dan meghina pada rupa anda?
Perkara ini berlaku pada saya bukan dari semalam atau dua tiga tahun lalu, perkara ini sudah lama berlaku dalam hidup saya, saya mula menyedari yang saya tak sama macam org lain seawal saya bersekolah.
Alah dipanggil hodoh , badak ! Apa lah sangat .. Pada awal tadika ada budak panggil saya"hidung awak macam BABI" saya marah dan pangil die nenek kebayan ..hahahahaha
Lalu budak tu marah dan menagis sebab saya panggil die nenek kebayan .. Ha biasa la budak2 .. Masuk sekolah rendah sama jugak.. Tapi dah biasa, masuk sekolah menengah 😏 hampir setiap hari kene ejek HIDUNG HIDUNG HIDUNG, sampai kadang-kadang mengelak nak naik bas, tunggu dah tak ramai, baru naik bas..
Nasib baik ada kawan @yatie_zul n@azucarmoreena die org cakap, kau ala2 black, pernah terlintas di hati (aku nak pegi buat hidong ) supaya orang dah tak boleh cakap lagi.. Tapi fikir-fikir balik ,orang tak akan berhenti bercakap, cantik macam mana pun org tetap akan kutuk , bila dah kawin besalin lagi org kutuk gile2 gemok, hidong besa, macam2 lagi ..
Ini bahagian cerita saya yang sebenarnya ,banyak lagi tapi panjang sangat kalau saya nak tulis hahahah.. Saya tak penah bercakp pon pasal bende ni.. Cuma kadang2 terkesan jugak 😉 tapi saya akan fikir macam ni (Aku ada 3 org anak yg menganggap aku perempuan paling cantik dalam dunia hahahaha dan aku ada suami maharajalawak hahahah memang bahagia hidup aku .... ) sekian" - Siti Sarah Raisuddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "SITI SARAH TERKILAN BILA DI HINA PEMINAT. "
Post a Comment