Pengkid Di Belasah Lydiawati.Punca Sebenar Di Dedahkan.

Pengkid Di Belasah Lydiawati.Punca Sebenar Di Dedahkan.



Di media sosial kecoh tentang video dimana Lydiawati,seorang pelakon vateren telah membelasah seorang pengkid yang mana video tersebut di muatnaik olehnya sendiri.

Saya sudah tidak tahan diganggu beratus-ratus panggilan telefon dan SMS berunsur gangguan seks saban hari.
Saya mulanya tidak syak apa-apa. Dia mendakwa peminat saya dan sanggup berbuat apa sahaja termasuk membelikan rumah serta membiayai kehidupan saya.
Dia mengaku mempunyai harta dan aset ratusan juta ringgit di luar negara serta berkawan dengan selebriti terkenal di luar negara.
Lydiawati, 50, berkata pengkid berusia 40-an yang dipanggil Sherry itu mula dikenalinya dua tahun lalu mendakwa meminati lakonannya.


Tanpa mengesyaki perkara pelik, dia mengadakan pertemuan dengan wanita berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Pelakon filem “Suami, Isteri dan …” berkata niat sebenar pengkid berkenaan mula terdedah apabila menghantar ratusan SMS mengarut dan mengajak tidur di kediamannya.
Katanya, suspek itu juga tidak tinggal di hotel dan kondominium mewah seperti didakwanya.
Saya ada jumpa dengan wanita itu bagi mendapatkan penjelasan. Namun dia masih lagi berbohong dan turut mengugut akan menjatuhkan karier saya.
Dia turut mengganggu ibu saya di rumah selain menabur pelbagai cerita palsu.
Lydiawati kini sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis selepas diganggu sejak dua tahun lalu.
Kalau dah sampai ke rumah pengkid tersebut melakukan provikasi, tidak hairanlah Lydiawati boleh hilang sabar. Ini menjadi pengajaran kepada mana-mana individu yang gemar mengganggu orang lain, bahawa kesabaran ada batasnya. Silalah buat perkara yang berfaedah dari mengganggu ketenteraman orang

0 Response to "Pengkid Di Belasah Lydiawati.Punca Sebenar Di Dedahkan."

Post a Comment