Pejam celik pejam celik usia Neelofa sudah pun mencecah 26 tahun. Masih teringat lagi di awal kemunculan pelakon jelita ini. Neelofa mula popular selepas pertandingan Dewi Remaja seiring dengan rakan-rakannya yang lain seperti Izara Aishah dan Anzalna. Dihimpit pelbagai kontroversi, kini Neelofa tampak lebih matang dan fokus dalam kerjaya serta perniagaan. Selain menjadi pelakon dan pengacara, Neelofa juga kini aktif meniaga pelbagai produk seperti tudung, contact lens dan macam-macma lagi.

Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Neelofa ialah salah seorang pelakon yang bijak menggunakan nama dan popularitinya untuk menguatkan lagi perniagaan miliknya. Semalam, Neelofa telah diraikan di dalam satu majlis di Hotel Royale Chulan oleh syarikat Airish Fashion Cosmetics. Memang meriah majlis tersebut. Antara rakan selebriti yang hadir ialah Nabil dan juga Hafiz Hamidun.




























0 Response to "Foto-foto sekitar sambutan harijadi Nealofa ke 26."
Post a Comment